Blog Archive
-
2012
(14)
-
September(11)
- Transformasi BN di Sabah
- Jangan kerana cinta, maruah tergadai!
- Peragut harus dihukum mati !
- Tangki 1Malaysia gula-gula PRU-13
- Janji Dicapati versi temberang BN
- Tarian sumanzau Sabah dihina!!
- Sabah Hakka Style - Tian Long (Gangnam Style Parody)
- Buletin Utama TV3 propaganda BN?
- Negeri Sabah termiskin di Malaysia?
- Wifi percuma 1MALAYSIA??
- "Janji Ditepati" adakah ia relevan dengan tema har...
- August(1)
- June(2)
-
September(11)
About Me
- [silent voice]
Friday
Tangki 1Malaysia gula-gula PRU-13
PRU-13 semakin panas...Debaran kian melanda...Berbagai-bagai jenis bantuan apabila PRU menjelang. Bantuan Rakyat 1Malaysia(BRIM1), Baucer Buku 1Malaysia dan bantuan terbaru ialah "TANGKI 1Malaysia".Wakakakak.. Memang rakyat Sabah sentiasa dahaga menantikan bantuan oleh kerajaan BN. Sebenarnya tangki memang berguna kepada rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman yang mengalami masalah kekurangan air. Pemberian Tangki 1Malaysia bukan jalan penyelesaian untuk memangani masalah kekurangan air di Sabah. Bukan apa.. Perasaan bersyukur tu tetap ada..Tapi mau kena ingat la.. Semua bantuan tu duit rakyat..
Bercakap mengenai bantuan tangki 1Malaysia ini, sememangnya bantuan seumpama ini mestilah dikekalkan dari semasa ke semasa. Jangan tunggu PRU mau dekat, barulah cepat-cepat bagi bantuan. Wakakakaka!! Sabar la orang2 Sabah.. Jangan sampai tangki 1Malaysia ini boleh mengaburkan mata orang Sabah. Kami orang-orang Sabah dahagakan pembangunan daripada BN. Masalah jalan raya di Sabah sangat teruk! Malah kawasan pedalaman di Sabah tidak diturap. Saya mewakili golongan muda Sabahan ingin merayu kepada pemimpin di Sabah untuk terus memberikan yang terbaik di Sabah. Sekiranya masalah jalan raya di Sabah selesai, masalah kebanjiran pendatang Izin dikurangkan, serta pembanguanan yang progresif dan terancang sudah tentu rakyat Sabah gembira melihat keadaan ini. Selain itu, perbanyakan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah dalam penjawat awam. Hapuskan dasar "Kabotaj"!!.
Akhir sekali, saya mendesak pihak kerajaan supaya memberikan yang ternbaik untuk kesejahteraan rakyat Sabah. Kurangkan rasuah, tingkatkan prestasi.. Sekian!
Labels:
Barisan Nasional Sabah,
BN Sabah,
BRIM1,
Pru-13,
rasuah bn,
rasuah UMNO,
tangki 1malaysia