Blog Archive
-
2012
(14)
-
September(11)
- Transformasi BN di Sabah
- Jangan kerana cinta, maruah tergadai!
- Peragut harus dihukum mati !
- Tangki 1Malaysia gula-gula PRU-13
- Janji Dicapati versi temberang BN
- Tarian sumanzau Sabah dihina!!
- Sabah Hakka Style - Tian Long (Gangnam Style Parody)
- Buletin Utama TV3 propaganda BN?
- Negeri Sabah termiskin di Malaysia?
- Wifi percuma 1MALAYSIA??
- "Janji Ditepati" adakah ia relevan dengan tema har...
- August(1)
- June(2)
-
September(11)
About Me
- [silent voice]
Friday
Jangan kerana cinta, maruah tergadai!
Dewasa ini kita sering kali dikejut berita tentang kes pembuangan bayi. Disebabkan oleh keinginan hawa nafsu sex yang menyelebungi sanubari, maruah sanggup digadai demi memenuhi keperluan nafsu! Ingatlah anda pun pernah melalui zaman bayi ini. Apakah perasaan anda sekirannya anda menjadi mangsa kes pembuangan bayi! Sungguh derita hidup ini.
Antara faktor utama yang menyumbang kes pembuang bayi ialah kurangnya didikan agama. Setiap agama mengajar kita untuk melakukan sesuatu yang baik. Dengan adanya kekuatan agama, ianya mampu menjadi baju kebal untuk melindungi diri anda daripada terlibat dalam aktiviti maksiat. Didikan agama yang kukuh perlulah diterap sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal inim amat penting kerana godaan syaitan yang amat kuat boleh ditangkis melalui ketinggian nilai agama kita.
Faktor yang lain ialah kurangnya keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kesibukan tugas harian oleh ibu bapa mereka menyebakan anak mereka terabai begitu sahaja. Ibu bapa hanya mementingkan soal kerja. Kesannya, halatuju anak mereka seharian tidak dipedulikan. Disebabkan hal ini, anak tersebut dahagakan kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa. Anak yang tidak dipedulikan ini akan bergaul bebas, mencari kenalan dan akhirnya terjerumus dalam kes maksiat semata-mata inginkan keseronokan.
Selain itu, faktor sifat ingin tahu juga terselit dalam jiwa remaja. Kebanyakan remaja kini mempunyai sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Dalam hal ini, remaja berpendapat bahawa sex memberikan keseronokan kepada hidup mereka. Mereka juga ingin merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain. Akibat daripada pemikiran kuning yang terhasil daripada sifat ingin tahu, maka tidak hairanlah maksiat semakin hari semakin parah.
Untuk mencegah pembuangan bayi, remaja perlu banyakankan lagi aktiviti yang membolehkan mereka berasa seronok. Contohnya aktiviti beriadah bersama keluarga, memancing, bersukan dan menaiki bukit. Aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu menghindari keinginan remaja daripada melakukan aktiviti maksiat. Peranan ibu bapa juga dalam memberikan perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak adalah penting. Anak-anak seharusnya dididik tentang bahayanya penyakit HIV (Human immunodeficiency virus) dan penyakit kelamin. Kaitankan penyakit ini dengan gejala maksiat serta penyalahgunaan dadah. Didikan agama yang kuat mampu menjadi benteng pertahanan daripada terjerumus dalam kancah maksiat.
Labels:
Maruah tergadai,
seks