Powered by Blogger.
Selamat datang ke Sabahanmedia.blogspot..kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mengemukan masalah-masalah rakyat Sabah..Sila "LIKE" facebook page kami di bawah->>

About Me

[silent voice]
View my complete profile
Thursday

Transformasi BN di Sabah


                                          wakakaa...Mana dia transformasi yang dijanjikan oleh Barisan Nasional?? Sibuk mencari masalah parti lain, tapi parti sendiri turut ada masalah.. Najib.. Sejak tahun 2008 sampailah 2012 tiada langsung perubahan terhadap infrastruktur jalan raya.. Rakyat Sabah mahukan perubahan. Kami orang-orang Sabah bukan bodoh. Kami tahu mana baik buruknya pimpinan kerajaan BN di Sabah. Mana hasil petroleum Sabah sebanyak berbillion itu?? Wtf!! Sabah kaya dengan hasil bumi seperti kayu balak..petroleum.. Tapi dimanakah arus pembangunan Sabah?? Sabah bukan lagi di era 90-an.. Kita sekarang di tahun 2012..Tidak lama lagi kita mencapai tahun 2020.. Tapi dimana kemajuan jalan raya Sabah???? Sangat teruk!!

                                     Cukuplah rakyat Sabah menderita selama ini. Harga barang naik.. PTI bertambah di Sabah. Projek I.C.. Kami orang-orang Sabah perlukan perubahan. Kami dahaga dengan pembangunan. Kami mahukan pembanguan yang pesat seiring dengan negeri-negeri lain di semananjung. Sejak 2003 sampai tahun 2012..TIADA PERUBAHAN langsung!! Oleh itu, saya menganjak orang-orang Sabah tidak mudah terpengaruh dengan teknik-teknik kotor BN. Bantuan rakyat 1 Malaysia RM500 (BRIM1) ialah duit rakyat! Bukan duit BN@UMN0!. Kita berhak mendapat duit tersebut. Tapi, tidak semestinya mendapat BRIM1 rakyat Sabah terus mengundi BN. Kita perlu lihat dari segi menyeluruh dan keadaan semasa di Sabah. Contohnya, jalan raya di Sabah yang sangat teruk. Mahukah anda undi BN?????

                                     Fikirkan-fikirankan lah demi masa depan anak-anak kita..
Friday

Jangan kerana cinta, maruah tergadai!





                           Dewasa ini kita sering kali dikejut berita tentang kes pembuangan bayi. Disebabkan oleh keinginan hawa nafsu sex yang menyelebungi sanubari, maruah sanggup digadai demi memenuhi keperluan nafsu! Ingatlah anda pun pernah melalui zaman bayi ini. Apakah perasaan anda sekirannya anda menjadi mangsa kes pembuangan bayi! Sungguh derita hidup ini. 
                                    
                          Antara faktor utama yang menyumbang kes pembuang bayi ialah kurangnya didikan agama. Setiap agama mengajar kita untuk melakukan sesuatu yang baik. Dengan adanya kekuatan agama, ianya mampu menjadi baju kebal untuk melindungi diri anda daripada terlibat dalam aktiviti maksiat. Didikan agama yang kukuh perlulah diterap sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal inim amat penting kerana godaan syaitan yang amat kuat boleh ditangkis melalui ketinggian nilai agama kita.
       
                    Faktor yang lain ialah kurangnya keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kesibukan tugas harian oleh ibu bapa mereka menyebakan anak mereka terabai begitu sahaja. Ibu bapa hanya mementingkan soal kerja. Kesannya, halatuju anak mereka seharian tidak dipedulikan. Disebabkan hal ini, anak tersebut dahagakan kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa. Anak yang tidak dipedulikan ini akan bergaul bebas, mencari kenalan dan akhirnya terjerumus dalam kes maksiat semata-mata inginkan keseronokan.
                              Selain itu, faktor sifat ingin tahu juga terselit dalam jiwa remaja. Kebanyakan remaja kini mempunyai sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Dalam hal ini, remaja berpendapat bahawa sex memberikan keseronokan kepada hidup mereka. Mereka juga ingin merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain. Akibat daripada pemikiran kuning yang terhasil daripada sifat ingin tahu, maka tidak hairanlah maksiat semakin hari semakin parah. 

                       Untuk mencegah pembuangan bayi, remaja perlu banyakankan lagi aktiviti yang membolehkan mereka berasa seronok. Contohnya aktiviti beriadah bersama keluarga, memancing, bersukan dan menaiki bukit. Aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu menghindari keinginan  remaja daripada melakukan aktiviti maksiat. Peranan ibu bapa juga dalam memberikan perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak adalah penting. Anak-anak seharusnya dididik tentang bahayanya  penyakit HIV (Human immunodeficiency virus) dan penyakit kelamin. Kaitankan penyakit ini dengan gejala maksiat serta penyalahgunaan dadah. Didikan agama yang kuat mampu menjadi benteng pertahanan daripada terjerumus dalam kancah maksiat.
                                    

Peragut harus dihukum mati !


Gambar di atas menunjukan seorang wanita berjalan mengikut arus jalan raya. Dalam kes ini, beg wanita itu perlu dikepit di sebelah tangan kirinya supaya susah mau ambil beg tangan tu. Berwaspadalah setiap masa.



                            Woi peragut! Berfikirlah dua kali sembelum bertindak sesuatu. Mereka(peragut) tidak pernah sedar akan perbuatan mereka itu yang mengundang kematian kepada mereka yang diragut. Hukuman gantung sampai mati haruslah dilaksanakan secepat mungkin untuk memberikan rasa gerun kepada si peragut. Golongan wanita merupakan golongan berisiko diragut. Oleh itu mengecah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah-langkah yang efektif untuk menghindari masalah ragut ialah seperti berikut::



Beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
  1. Jangan jalan /naik motor seorang diri.
  2. Jangan minta puji tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau terdengar bunyi motor rempit lain macam cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda menbawa kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Hal ini disebabkan peragut sanggup memecahkan cermin kereta anda untuk meragut beg tangan.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan.Minta tolong dengan orang awam yang ada di tempat anda diragut. Anda boleh menjerit "Peragut!!Tolong!!"
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Anda diwajibkan membawa alat pengera untuk menakutkan peragut itu.
     8. Jangan jalan mengikut arus jalan raya. Pastikan beg anda dikepit di sebelah tangan anda. (Bukan berdekatan dekat arus jalan raya).





Tangki 1Malaysia gula-gula PRU-13





                      PRU-13 semakin panas...Debaran kian melanda...Berbagai-bagai jenis bantuan apabila PRU menjelang. Bantuan Rakyat 1Malaysia(BRIM1), Baucer Buku 1Malaysia dan bantuan terbaru ialah "TANGKI 1Malaysia".Wakakakak.. Memang rakyat Sabah sentiasa dahaga menantikan bantuan oleh kerajaan BN. Sebenarnya tangki memang berguna kepada rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman yang mengalami masalah kekurangan air. Pemberian Tangki  1Malaysia bukan jalan penyelesaian untuk memangani masalah kekurangan air di Sabah. Bukan apa.. Perasaan bersyukur tu tetap ada..Tapi mau kena ingat la.. Semua bantuan tu duit rakyat..

                             Bercakap mengenai bantuan tangki 1Malaysia ini, sememangnya bantuan seumpama ini mestilah dikekalkan dari semasa ke semasa. Jangan tunggu PRU mau dekat, barulah cepat-cepat bagi bantuan. Wakakakaka!! Sabar la orang2 Sabah.. Jangan sampai tangki 1Malaysia ini boleh mengaburkan mata orang Sabah. Kami orang-orang Sabah dahagakan pembangunan daripada BN. Masalah jalan raya di Sabah sangat teruk! Malah kawasan pedalaman  di Sabah tidak diturap. Saya mewakili golongan muda Sabahan ingin merayu kepada pemimpin di Sabah untuk terus memberikan yang terbaik di Sabah. Sekiranya masalah jalan raya di Sabah selesai, masalah kebanjiran pendatang Izin dikurangkan, serta pembanguanan yang progresif dan terancang sudah tentu rakyat Sabah gembira melihat keadaan ini. Selain itu, perbanyakan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah dalam penjawat awam. Hapuskan dasar "Kabotaj"!!. 


                              Akhir sekali, saya mendesak pihak kerajaan supaya memberikan yang ternbaik untuk kesejahteraan rakyat Sabah. Kurangkan rasuah, tingkatkan prestasi.. Sekian!


                          

Janji Dicapati versi temberang BN



                           Harga barang naik...Harga minyak naik..semuanya naik!! Lama-lama rakyat Malaysia turut naik marah atas kekejaman ini.. Mari kita saksikan video ini di bawah->





                            Memang tidak dinafikan lagi harga barangan makanan di Malaysia semakin mahal. Rakyat Malaysia kini hidup susah dan tidak mampu membeli barangan keperluan seharian. Harga beras naik, harga tepung naik, harga bawang, harga ayam...mcm2 lagi naik. Dimanaakah silapnya?


                              Please do something Be-END...........................!!